Wednesday, August 13, 2008

UNIT BUKU TEKS SMKPTJ

PENDAHULUAN
Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT ) telah sekian lama di tubuhkan di sekolah ini. Unit ini bertujuan memberikan pinjaman buku teks kepada pelajar daripada pelajar yang kurang mampu.Unit ini memerlukan tenaga yang ramai untuk melaksanakan tugas pengagihan dan pungutan buku teks. Oleh itu semua guru yang terlibat dalam unit ini wajar mengambil perhatian serta memikirkan perlaksanaan yang dapat meningkatkan keberkesanan.

Buku Pengurusan SkimPinjaman Buku Teks ini di harapa dapat di jadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat dalam menguruskan SPBT , agar hasrat untuk mempertingkatkan pengurusan SPBT dapat di capai. Usaha meningkatkan kualiti pengurusan SPBT ke arah pengurusan yang cemerlang oleh unit ini amat di alu-alukan.

RASIONAL
Pengurusan SPBT sekolah yang cemerlang akan memudahkan permohonan keperluan buku teks pada setiap tahun . Pengurusan SPBT yang cemerlang juga dapatmengelakkan kekurangan buku teks di sekolah . Setiap aktiviti dalam pengurusan SPBT yang cemerlang di sekolah , setiap aktiviti pada peringkat tertentu harus di laksanakan dengan efisien dan sistematik.

OBJEKTIF
Objektif unit skim pinjaman buku teks ialah:
1.1 meringankan beban kewangan yang di tanggung oleh ibu bapa yang kurang mampu
1.2 memastikan pelajar daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka
1.3 memudahkan perlaksanaan pnjman buku teks dengan teratur
1.4 memastikan fizikal buku dalam keadaan baik
1.5 melaksanakan dasar SPBT yang di tetapkan dengan betul
1.6 setiap individu yang terlibat wajar memainkan peranan masing-masing denag tugas dan tanggungjawap yang di tetapkan

STRATEGI
Strtegi untuk pengurusan SPBT sekolah yang cemerlang ialah:
1.1 pengurusan yang cekap
1.2 kerjasama diantara AJK unit dengan guru-guru tingkatan
1.3 mendorong pelajar supaya sayangkan buku yeks mereka
1.4 mengenakan denda kepada pelajar yang tidak membalut buku teks atau tidak menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks
1.5 pelajar wajib menggantikan biku teks yang hilang
1.6 mewujudkan sistem fail SPBT
1.7 menguruskan bilik BOS dengan efisien

eMATEKS

eMATEKS ringkasan kepada Elektronik Mantau Buku Teks adalah program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Ia bertujuan untuk mendapatkan status penerimaan buku teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT.

Lawati :http://www.bbtcentral.moe.gov.my/emateks/

LATAR BELAKANG BOSD SMKPTJ